Vaksinasi faktor utama bagi buka semula ekonomi Malaysia

Kadar vaksinasi Malaysia adalah faktor utama bagi membuka semula sektor ekonomi kerana ia adalah antara yang tertinggi di dunia.
Kadar vaksinasi Malaysia adalah faktor utama bagi membuka semula sektor ekonomi kerana ia adalah antara yang tertinggi di dunia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - MIDF Research percaya bahawa kadar vaksinasi Malaysia adalah faktor utama bagi membuka semula sektor ekonomi kerana ia adalah antara yang tertinggi di dunia.

Dalam nota kajiannya pada Rabu, firma penyelidikan itu berkata, setakat 26 Julai 2021, sebanyak 5.7 juta atau 17.5 peratus penduduk telah divaksinasi sepenuhnya.

Ia menambah kerajaan telah mengumumkan baru-baru ini bahawa semua penduduk dewasa di Malaysia dijangka divaksinasi sepenuhnya pada bulan Oktober di bawah sasaran imunisasi baharu.

"Malaysia memvaksinasi 12,156 orang untuk setiap satu juta penduduk dan negara ini berada di landasan tepat dalam memenuhi sasaran kerajaan.

"Vaksinasi akan menjadi kunci utama untuk membuka semula ekonomi dan pemulihan yang seterusnya," kata MIDF Research, sambil menambah bahawa vaksinasi telah menjadi komponen utama kerajaan United Kingdom (UK) dalam merancang pembukaan semula ekonominya.

"Dengan sekitar 55 peratus penduduknya divaksinasi sekarang, boleh dikatakan bahawa UK mampu memastikan sistem kesihatannya tetap kukuh.

"Kami percaya langkah itu telah membolehkan negara berkenaan memansuhkan sekatan walaupun ada kemunculan semula kes dan kita mungkin dapat melihat situasi yang sama di Malaysia," katanya.

Selain daripada vaksinasi yang pantas, MIDF Research berkata, kejutan juga boleh berlaku daripada banyak negeri yang bergerak ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara dan pemulihan yang lebih kuat pada akhir tahun ini didorong oleh permintaan yang meningkat.

Artikel Berkaitan:

"MIDF Research mengekalkan unjuran ekonomi Malaysia berkembang pada 4.6 peratus pada 2021, kerana momentum pertumbuhan akan terbantut sementara disebabkan oleh kawalan pergerakan terutama pada pertengahan tahun ini," katanya. - Bernama