X

Kindly register in order to view this article
!

18 maut akibat rempuhan di utara India

Bas dua tingkat itu dilaporkan membawa lebih 130 penumpang ketika ia rosak sebelum nahas berlaku kira-kira 30 kilometer dari Lucknow. - Foto PTI
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Uttar Pradesh, utara India.

Sebuah trak yang dipandu laju merempuh mangsa yang sedang tidur berdekatan bas yang rosak, pada Selasa malam di daerah Barabanki, menurut laporan media India.

Bas dua tingkat itu dilaporkan membawa lebih 130 penumpang ketika ia rosak sebelum nahas berlaku kira-kira 30 kilometer dari Lucknow.

Mangsa yang maut dan cedera kebanyakannya buruh dari Bihar dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalankan kerja-kerja menyemai padi di Punjab dan Haryana.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan pampasan 200,000 rupee (RM11,390) untuk setiap keluarga mangsa dan 50,000 rupee bagi yang cedera. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!