X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang gesa Azhar Azizan dedah ahli Parlimen belum divaksin

Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mendedahkan senarai ahli Parlimen yang belum menerima suntikan vaksinasi.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) berkata, ia susulan terdapat dakwaan ada beberapa ahli Parlimen yang belum berbuat demikian disebabkan kepercayaan agama.

“Ada khabar angin mengatakan ada ahli Parlimen tak vaksin disebabkan soal kepercayaan (agama).

“Jadi saya harap kalau boleh Datuk Speaker dedahkan ahli-ahli Parlimen yang tak nak vaksin.

"Sebab saya percaya kita ambil vaksin ini tidak akan merendahkan fahaman agama kita," katanya pada sidang khas Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Azhar Azizan pada Jumaat memaklumkan lebih 95 peratus ahli Parlimen telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 35 yang lain sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Katanya, selain itu, empat ahli Parlimen belum mendapatkan suntikan vaksin atas sebab-sebab tertentu, bagaimanapun mereka tetap dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!