X

Kindly register in order to view this article
!

Perak buka studio di PPD, bantu pendidik sedia bahan PdPR

Saarani (kanan) menyempurnakan penyerahan cek RM125,000 kepada Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali bagi tujuan penyediaan studio PdPR di semua PPD di Perak.
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak membuka lebih 20 unit studio di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negeri untuk membantu warga pendidik menyediakan kelengkapan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, inisiatif di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani akan melibatkan 11 PPD termasuk Jabatan Pendidikan Negeri dengan kos RM125,000.

Menurut beliau, usaha itu selari dengan konsep PdPR yang kini menjadi amalan norma baharu dalam menghadapi pandemik Covid-19.

"Berdasarkan perancangan kita, setiap PPD akan ada dua studio PdPR.

"Selain memberi kemudahan kepada guru melakukan persiapan bahan PdPR, studio ini juga boleh dimanfaatkan bagi sesi taklimat serta serta aktiviti sukan dalam talian atau e-sukan," katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya menerusi aplikasi Zoom Meeting di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Saarani sebelum itu menyempurnakan penyerahan cek RM125,000 kepada Jabatan Pendidikan Perak diwakili Pengarahnya, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali bagi tujuan penyediaan studio PdPR di semua PPD di negeri ini.

Saarani (kiri) bersama Ahmad Suaidi menyempurnakan simbolik penyerahan contoh kad tanpa tunai KIDR yang dilaksanakan NCIA bersama kerajaan negeri.
Saarani (kiri) bersama Ahmad Suaidi menyempurnakan simbolik penyerahan contoh kad tanpa tunai KIDR yang dilaksanakan NCIA bersama kerajaan negeri.

Turut disampaikan cek bernilai RM15,000 bagi melaksanakan Majlis Sukan Sekolah Perak eChallenge 2021 iaitu pertandingan yang melibatkan 24 jenis permainan sukan dalam talian.

Dalam perkembangan lain, Saarani menyambut baik pelaksanaan Program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang akan bermula 1 Ogos depan.

Menurut beliau, menerusi program itu, seramai 5,097 wanita termasuk 1,104 komuniti orang asli serta 20,000 tanggungan dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar menerima bantuan bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup.

"Bantuan Program KIDR diberi melalui kad tanpa tunai yang disediakan oleh Kiplepay Sdn Bhd boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dan rawatan kesihatan di klinik swasta.

"Penerima bakal mendapat kad tanpa tunai bernilai RM250 sebulan selama lima bulan untuk pembelian 16 jenis barangan keperluan asas.

"Bagi bantuan rawatan kesihatan, penerima akan menerima nilai RM250 untuk kegunaan seluruh ahli keluarga untuk tahun ini," katanya.

Simbolik perasmian program berkenaan disempurnakan Saarani dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Peserta Program KIDR telah dipilih dan disaring dari sistem eKasih yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan sistem iDamak milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), di mana mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019.

Penyerahan Kad KIDR kepada penerima telah bermula sejak 19 Julai 2021 di seluruh 12 daerah di Perak dengan kerjasama semua Pejabat Daerah dan Tanah melalui penghulu-penghulu mukim dan Jakoa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!