Vaksinasi pekerja syarat kelulusan operasi syarikat

KPDNHEP sedang dalam perincian fasa terakhir untuk menjadikan vaksinasi semua pekerja sebagai prasyarat kelulusan operasi sesebuah syarikat. - Gambar hiasan
KPDNHEP sedang dalam perincian fasa terakhir untuk menjadikan vaksinasi semua pekerja sebagai prasyarat kelulusan operasi sesebuah syarikat. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang dalam perincian fasa terakhir untuk menjadikan vaksinasi semua pekerja sebagai prasyarat kelulusan operasi sesebuah syarikat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia terutamanya bagi aktiviti ekonomi yang melibatkan sentuhan dan interaksi bersemuka secara berdekatan.

Menurut beliau, enam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) telah memulakan operasinya bermula minggu ini.

"Daripada jumlah itu, lima PPIV terletak di Lembah Klang.

"Ianya merangkumi Pusat Pameran Mid Valley, IOI City Tower, Putrajaya, Pusat Persembahan Seni Petaling Jaya (PJPAC), Centro Mall, Klang dan Maju Link Bandar Tasik Selatan," katanya.

Beliau berkata, kesemua PPVIN RiVAC di Lembah Klang telah beroperasi bermula 26 Julai dengan kapasiti sehingga 31,000 penerima vaksin.

"Sebuah lagi PPVIN RiVAC dibuka di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 Ogos dengan kapasiti 8,000 orang," katanya.

Menurut beliau, peruncitan, pengedaran dan perkhidmatan adalah salah satu sektor ekonomi yang sangat penting kepada pembangunan negara.

Artikel Berkaitan:

"Sektor ini juga antara yang sangat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana hampir keseluruhan sektor peruncitan tidak dibenarkan beroperasi kecuali menawarkan perkhidmatan perlu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, KPDNHEP sedang meneliti untuk memperluaskan Pusat RiVAC di Johor dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.