Warga Indonesia berkumpul buat jamuan raya didenda RM2,000

Pada 20 Julai lalu, media melaporkan kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah diserbu polis di sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, di sini.
Pada 20 Julai lalu, media melaporkan kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah diserbu polis di sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, di sini.
A
A
A

SELAYANG – Tindakan 24 lelaki warga Indonesia berhimpun dan menikmati jamuan hari raya Aidiladha di sebuah rumah kedai minggu lalu, membawa padah apabila mereka didenda RM2,000 seorang, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Kesemua tertuduh yang berusia 21 hingga 47 itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni.

Mahkamah turut memerintahkan mereka, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati telah melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan berkumpul tanpa kebenaran pihak berkuasa di sebuah unit rumah kedai Jalan SU10 Taman Selayang Utama Batu Caves pukul 10 pagi, pada 20 Julai lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa melanggar Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 P.U (A) 293/2021 yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, kesemua tertuduh yang mengaku bersalah memohon agar dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana mereka berkumpul dalam rumah yang sempit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan:

Sementara empat lagi tertuduh, iaitu Hakkoni Muib, 32, Asmawi, 22; Mardewi, 36 dan Maskur, 24, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pada 20 Julai lalu, media melaporkan kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah diserbu polis di sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, di sini.

Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan

ARTIKEL BERKAITAN 30 ditahan adakan jamuan Aidiladha!