Kejora sumbang RM1.38 juta bantu penduduk terjejas

Che Zakaria (kiri) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Hasni untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskadar Puteri, pada Rabu.
Che Zakaria (kiri) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Hasni untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskadar Puteri, pada Rabu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) menyumbang RM1.38 juta untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Pengerusi Kejora, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, daripada jumlah itu RM500,000 diberikan kepada Tabung Bencana Negeri Johor pada Rabu khusus untuk penduduk Johor yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

"RM500,000 ini sumbangan terbaharu daripada pihak Kejora yang disampaikan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di Pejabatnya di Kota Iskandar, Iskadar Puteri pada Rabu.

"Sebelum ini, Kejora menerusi CSR pihaknya menyampaikan sumbangan RM889,150 menerusi 13 inisiatif program dan 'outreach' vaksinasi Covid-19 dalam wilayah Kejora melibatkan 8,168 penerima," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu berkata demikian dalam sidang akhbar penyerahan sumbangan pihak Kejora RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Taman Bukit Dahlia di sini pada Rabu.

Che Zakaria berkata, Kejora turut membantu membaiki sebahagian daripada 291 rumah di enam kampung dan sebuah taman di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang rosak dipukul ribut dalam kejadian pada petang Jumaat.

Beliau berkata, pihak Kejora sedang menilai dan mengenal pasti kerosakan rumah penduduk kerana kerugian yang dialami tidak sama.

"Pihak Kejora juga bertindak cepat membantu memotong pokok-pokok yang tumbang dan menghempap rumah semasa kejadian ribut itu," katanya.

Artikel Berkaitan: