X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli Parlimen minta masa Sidang Khas Dewan Rakyat dipanjangkan

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen hari ini meminta masa persidangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dipanjangkan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) memberitahu, pada masa ini terdapat kekangan masa untuk ahli-ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang.

“Kalau ikut peraturan mesyuarat, setiap persidangan tamat 5.30 petang kecuali ada usul menteri. Namun terdapat peluang untuk Tuan Yang Dipertua membuat keputusan berdasarkan (peraturan mesyuarat) 90 (2) untuk menghentikan pelaksanaan peraturan dengan pemberitahuan atau persetujuan Yang Dipertua.

“Saya nak merayu kalau boleh dipanjangkan (masa persidangan) dan jika kebimbangannya adalah kesihatan, kita boleh disiplinkan diri, sejam keluar, masuk balik, itu kita boleh sama-sama putuskan dalam kalangan ahli Parlimen sebelah sini,” katanya.

Peraturan Mesyuarat 90 (2) menyatakan: sesuatu masalah yang bertujuan hendak merentikan kuat kuasa mana-mana Peraturan Mesyuarat atau harus menyebabkan boleh terhenti kuat kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat, boleh dicadangkan hanya selepas dikeluarkan pemberitahu atau dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua yang hendaklah dengan serta-merta mengemukakan untuk diputuskan tanpa dibenarkan apa-apa perbahasan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang mengendalikan majlis mesyuarat ketika itu kemudian menerangkan berkenaan tempoh masa persidangan itu.

“Saya nak terangkan pasal masa ni, sebenarnya kita telah tidak menuruti nasihat dan rekomendasi Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang bersusah payah datang ke Parlimen untuk memberi penekanan.

“Kalau nak ikut nasihat beliau (Dr Noor Hisham), kita bersidang sampai pukul 2 (petang) saja sebab beliau amat bimbang dengan keadaan Covid-19 ahli Parlimen.

“Semalam dengan hari ini pun kita ada tiga hingga empat kes, risikonya agak tinggi, oleh sebab tu saya tetapkan 5.30 (petang) untuk memberi peluang semua berbahas tapi kalau pihak menteri nak pertimbang, saya serahkan pada beliau,” katanya.

Persidangan hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!