Warga pendidikan perlu divaksin di sekolah: Dr Maszlee

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

SHAH ALAM – Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mencadangkan supaya seluruh warga pendidikan diberikan suntikan vaksin di sekolah masing-masing tanpa ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurut beliau, vaksin perlu dibawa ke sekolah agar warga pendidikan diberikan vaksin keseluruhannya sebelum memulakan sesi persekolahan.

“Kalau dibicarakan sekolah, ekosistem pendidikan bukan hanya berkisar pada guru semata-mata.

“Kakitangan sekolah, pekerja kantin, pengawal keselamatan, pemandu bas termasuk murid-murid, mereka ini perlu diberi perhatian diberikan vaksin,” katanya ketika membahaskan mengenai vaksinasi di Sidang Dewan Khas Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Pendidikan turut mempersoalkan mengenai status pemberian dos pertama vaksin kepada calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 seperti yang dijanjikan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini.

“Sekarang Julai telah berada pada di penghujungnya. Apakah janji tersebut telah ditunaikan.

“Cadangannya, berikanlah dan bincang elok-elok dengan Kementerian Pendidikan. Berikanlah kepada calon bukan hanya calon SPM sahaja, tetapi turut melibatkan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” katanya.

Pada 18 Jun lalu, Khairy dilapor berkata bahawa calon SPM dan STPM 2021 dijangka menerima dos pertama suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bermula pertengahan Julai.

Artikel Berkaitan: