Britain menang emas 4X200m gaya bebas berganti-ganti

Britain memenangi emas di Olimpik Tokyo dalam acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan catatan masa enam minit 58.58 saat.
Britain memenangi emas di Olimpik Tokyo dalam acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan catatan masa enam minit 58.58 saat.
A
A
A

TOKYO - Britain memenangi emas di Olimpik Tokyo dalam acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan catatan masa enam minit 58.58 saat pada Rabu, lapor Xinhua.

Sementara itu, skuad renang Rusia menduduki tempat kedua dengan catatan masa 7:01.81 saat dan gangsa milik pasukan Australia yang hanya ketinggalan 0.03 saat.

Amerika Syarikat (AS) yang menempa kemenangan berturut-turut dalam acara terbabit sejak Athens 2004, terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat. -Bernama

Artikel Berkaitan: