X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Tiada usul tergempar dalam sidang DUN Johor

Che Zakaria (dua dari kiri) dan Hasni (tengah) selepas penyerahan sumbangan pihak Kejora untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskadar Puteri pada Rabu.
A
A

PASIR GUDANG - Dijangka tiada usul tergempar termasuk menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bersidang pada 12 Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, sidang DUN Johor dijangka tenang dan lancar terutama selepas tiada perubahan kerajaan di peringkat Pusat.

"DUN Johor hanya akan panas atau akan ada usul tergempar sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di peringkat nasional. Setakat ini, saya tidak dengar ada ADUN yang akan memberikan usul sedemikian.

"ADUN mesti tumpu untuk menyelesaikan masalah rakyat dan diharapkan DUN Johor kekal menjadi contoh, tidak seperti sidang DUN seperti di Kelantan, Terengganu dan Melaka yang sering kecoh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar penyerahan sumbangan pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pusat Khidmat DUN Permas, Taman Bukit Dahlia di sini pada Rabu.

Sumbangan itu disampaikan beliau selaku Pengerusi Kejora kepada Hasni yang mewakili kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskadar Puteri pada Rabu.

Pada 12 Julai lalu, Che Zakaria mendakwa, empat ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sedia menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor jika kepimpinan di peringkat Pusat bertukar.

Mengulas lanjut, Che Zakaria berkata, pihaknya sendiri akan mengusulkan masalah rakyat di daerah ini antaranya banjir kilat, parit tersumbat dan perkara-perkara berkaitan Covid-19.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen yang buat bising dan melakukan kekecohan semasa persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Katanya, perkara tersebut tidak wajar berlaku kerana mereka menunjukkan teladan yang tidak baik kepada rakyat selain tidak menghormati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!