Kes harian Covid-19 melonjak kepada 17,405 hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Malaysia terus menunjukkan lonjakan jumlah kes baharu Covid-19 apabila sebanyak 17,405 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di negara ini ialah 1,061,476.

Menurutnya, Selangor melaporkan sebanyak 7,171 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) dan Perlis (dua).

Sementara itu, pada hantaran berasingan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dikenal pasti, kesemuanya membabitkan varian Delta (B.1.617.2).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) ialah sebanyak 439 kes," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah yang dikesan tersebut, sebanyak 419 kes adalah VOC, manakala 20 kes merupakan VOI.

"Sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, Delta (199) dan Alpha (14).

"Sementara, bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat), dan Etan (tiga)," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: