Pengedar dadah ditahan, lari dari pemeriksaan polis

Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. (Gambar kecil: Mohd Zaid)
Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. (Gambar kecil: Mohd Zaid)
A
A
A

KAJANG - Tindakan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah melarikan diri daripada pemeriksaan mengundang padah apabila dia diberkas sekitar jam 3.05 petang berhampiran Taman Bayu Mas, Cheras Hartamas di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman cuba untuk menahan sebuah kenderaan jenis Toyota sebelum suspek terus memecut laju untuk melarikan diri.

“Susulan itu, pasukan polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta berkenaan.

“Suspek hampir berjaya meloloskan diri, namun ketangkasan pihak polis berjaya menangkapnya tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan suspek kini berada di dalam tahanan pihak polis.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal di talian 016-9985730 atau balai berhampiran.

Artikel Berkaitan: