X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan dituntut perincikan kos program vaksinasi PPV mega

Saifuddin Nasution Ismail
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memperincikan perbelanjaan kos keseluruhan program vaksinasi khususnya membabitkan pusat pemberian vaksin (PPV) mega.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata, perincian berkenaan perlu dibentangkan bagi memastikan tidak wujud sebarang penyelewengan.

Saifuddin Nasution berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan perlu menanggung kos yang tinggi membabitkan PPV berskala mega.

"PPV mega seperti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), saya difahamkan kerajaan perlu membiayai kos yang agak tinggi, katanya hampir RM30 seorang.

"Itu tidak termasuk syarikat penyedia perkhidmatan lain. Saya yakin menteri dapat berkongsi keperluan dan komitmen kewangan yang begitu besar," katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Kenyataan Saifuddin Nasution itu turut disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bangkit mencelah pada sesi perbahasan.

Menjelaskan lebih lanjut, Saifuddin Nasution berkata, meskipun negara pada ketika itu masih berada dalam status darurat, namun pertimbangan sewajarnya perlu diambil kira.

"Ketika darurat, kita perlu buat dengan cepat tetapi itu tidak bermaksud PPV mega seperti WTCKL, The Mines dan lain-lain," ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!