X

Kindly register in order to view this article
!

Akta pendanaan perlu disegera elak ahli politik seleweng wang

Ulya Aqamah Husamudin
A
A

SHAH ALAM - Akta pendanaan politik perlu disegerakan bagi mengelakkan penyelewengan wang oleh ahli politik daripada terus berlaku yang dikhuatiri menjadi satu masalah besar kepada negara.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata, pada masa ini tiada undang-undang jelas untuk memastikan kewangan parti dilaksanakan dengan betul.

“Apabila tiada akta pendanaan politik, tiada ketelusan duit yang keluar dan masuk kerana kita tidak tahu sumbernya.

“Justeru, kelompongan undang-undang ini boleh mengganggu kelancaran sesuatu parti politik dan juga ahli politik,” katanya dalam program Wacana Sinar siri ke-26 bertajuk 'Dana Politik: Kenapa Perlu Berahsia' yang disiarkan secara langsung di platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Turut serta dalam program itu ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii; penganalisis politik, Sivamurugan Pandian dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Sementara itu, Ulya Aqamah berkata, pengumpulan dana secara awam atau 'public fundraising' mampu membantu syarikat besar atau individu berpengaruh daripada menyumbang berlebihan kepada sesebuah parti.

Menurutnya, ia mampu mengurangkan amalan rasuah dan kronisme antara parti dan pihak yang terlibat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!