X

Kindly register in order to view this article
!

Barang kemas bernilai AS$2.4 juta dirompak

Chaumet, satu daripada kedai menjual barangan kemas ternama di pusat bandar Paris, dirompak seorang lelaki bersenjata tidak dikenali.
A
A

PARIS - Chaumet, satu daripada kedai menjual barangan kemas ternama di pusat bandar Paris, dirompak seorang lelaki bersenjata tidak dikenali pada Selasa.

Perompak itu berjaya melarikan barang kemas bernilai hampir AS$2.4 juta (RM10 juta) lapor Sputnik.

Le Parisien melaporkan, memetik sumber polis, kejadian berlaku pada 5.10 petang waktu tempatan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ini bukan kali pertama Chaumet menjadi sasaran perompak. Pada November 2009, sebuah lagi kedai milik Chaumet dirompak, mengakibatkan kerugian kira-kira 1.9 juta euro. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!