X

Kindly register in order to view this article
!

Kes warga asing solat Aidiladha di kawasan lapang, polis tunggu arahan TPR

Video tular menunjukkan lebih 100 warga asing sedang menunaikan solat Aidiladha di Taman Pelangi pada Hari Raya Aidiladha, Selasa minggu lalu.
A
A

GEORGETOWN - Kertas siasatan bagi kes warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri di Taman Pelangi, Juru pada Selasa lalu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan kes tersebut telah selesai dengan penahanan 84 orang terdiri daripada 83 warga asing dan seorang lelaki tempatan.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 61 tahun dan kini pihaknya menunggu keputusan daripada timbalan pendakwa raya.

"Jumlah keseluruhan ditahan adalah 84 orang. Hanya seorang warga tempatan. Ini sahaja boleh saya ulas berhubung kes tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Pada Selasa minggu lalu, rakaman video mendakwa sekumpulan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri di Taman Pelangi, kira-kira jam 8.30 pagi tular di media sosial.

Mereka bertindak demikian selepas surau di taman berkenaan sudah mencapai kapasiti jemaah dibenarkan untuk solat Aidiladha iaitu seramai 100 orang seperti ditetapkan menerusi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Susulan itu, polis mengesan kira-kira 200 individu terlibat yang majoritinya warga asing dengan sebahagiannya ditahan kelmarin.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan orang ramai berhubung gambar tahanan reman warga asing yang dibawa tanpa memakai kasut dan digari, Mohd Shuhaily berkata, ia adalah prosedur biasa.

"Ia hanya prosedur biasa. Tidak ada pelanggaran protokol," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Aidiladha: Pengerusi kariah Taman Pelangi diminta beri penjelasan

49 individu solat sunat Aidiladha direman

Polis P Pinang mohon maaf gagal kesan ratusan jemaah solat Aidiladha luar surau


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!