X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak wajar ambil tindakan terhadap doktor kontrak terlibat protes

Mahathir
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan doktor kontrak yang terlibat dengan protes aman pada Isnin tidak wajar dikenakan sebarang tindakan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, protes aman itu merupakan kaedah bagi menzahirkan hak mereka supaya diserapkan kepada jawatan tetap.

“Mereka hanya menuntut agar suara mereka didengari terutama pada waktu pandemik yang penuh dengan cabaran ketika ini. Mereka merasakan seolah-olah ditindas dan dilayan seperti pekerja yang tidak mempunyai hak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, terdapat segelintir pihak mengeluarkan amaran kepada pegawai perubatan yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Menurutnya, tindakan itu agak keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.

“Kerajaan sepatutnya perlu mencari solusi termasuk mengkaji cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK) dengan segera bagi menjaga hal ehwal kebajikan profesional kesihatan," ujarnya.

Tambah beliau, masalah isu lantikan doktor kontrak sudah didengari sejak tahun 2016.

“Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama kementerian serta agensi berkaitan telah diarahkan untuk merangka sebuah pelan komprehensif dan inklusif bagi menangani isu berkenaan dalam waktu terdekat," katanya.

Menurutnya, perkara itu harus diberi tumpuan oleh KKM yang diharap dapat menyelesaikan isu tersebut, sekali gus melancarkan usaha menangani Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!