100,000 penduduk Tanah Merah bakal divaksin hujung tahun

Baharuddin (kanan) sempat berbual dengan orang ramai yang hadir untuk menerima vaksinasi masing-masing di Dewan Sekolah Menengah Tanah Merah 1 pada Rabu.
Baharuddin (kanan) sempat berbual dengan orang ramai yang hadir untuk menerima vaksinasi masing-masing di Dewan Sekolah Menengah Tanah Merah 1 pada Rabu.
A
A
A

TANAH MERAH - Seramai 100,000 penduduk di dalam kawasan Parlimen Tanah Merah disasarkan untuk menerima vaksinasi Covid-19 masing-masing menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanah Merah, Baharuddin Yusof berkata, jumlah tersebut adalah lebih separuh daripada jumlah penduduk Tanah Merah yang layak menerima vaksin iaitu seramai anggaran 150,000 orang.

Menurutnya, sambutan dan penerimaan masyarakat Tanah Merah terhadap vaksinasi amat menggalakkan dan pendaftaran sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa melibatkan seluruh kawasan.

"Sebelum ini kami sudah bergerak masuk kampung ke kampung untuk buat pendaftaran manual dan Alhamdulillah 5,000 kami berjaya bantu untuk pendaftaran tersebut. Mereka semua sangat teruja menunggu panggilan vaksinasi masing-masing," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau hadir meninjau Program Outreach Covid-19 di Dewan Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini pada Rabu mewakili Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Menurutnya, untuk program tersebut, seramai 600 orang pertama akan divaksin mengikut senarai yang tersedia.

Beliau berkata, ia merupakan program fasa pertama bagi membantu memudahkan dan mempercepatkan proses vaksinasi melibatkan masyarakat di parlimen itu.

"Insya-ALLAH kita akan buat dari semasa ke semasa program seperti ini dengan bantuan agensi yang berkaitan terutamanya Pejabat Kesihatan Daerah dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Rata-rata penduduk yang saya temui pun berterima kasih sebab memudahkan urusan mereka untuk dapatkan vaksin masing-masing," katanya.