13 rakyat Palestin cedera diserang tentera Israel

 Tentera Israel menyerang rakyat Palestin termasuk Gabenor Tubas, ketika mereka menyertai demonstrasi menentang cubaan pendatang Israel mengambil alih sumber mata air di kawasan Ain al-Hilweh.
Tentera Israel menyerang rakyat Palestin termasuk Gabenor Tubas, ketika mereka menyertai demonstrasi menentang cubaan pendatang Israel mengambil alih sumber mata air di kawasan Ain al-Hilweh.
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat pada Selasa memetik Agensi Berita Anadolu (AA).

Gabenor Tubas Younis al-Assi dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel menyerang rakyat Palestin termasuk Gabenor Tubas, ketika mereka menyertai demonstrasi menentang cubaan pendatang Israel mengambil alih sumber mata air di kawasan Ain al-Hilweh.

Pengarah Jawatankuasa Bil’in Polupar Mengenai Tembok dan Penempatan Haram, Abdullah Abu Rahmeh berkata, tentera zionis bertindak menggunakan penyembur lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Dalam kejadian itu, 13 rakyat Palestin cedera termasuk gabenor Tubas, dan seorang lagi penunjuk perasaan ditahan, katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, ujar Abu Rahmeh, pendatang haram Israel cuba merampas kawasan tersebut termasuk membina pagar bagi menghalang pengembala Palestin menggunakan kemudahan itu. -Bernama

Artikel Berkaitan: