PKRC Pasir Gudang terima 12,579 pesakit sejak Febuari

Kenyataan akhbar Bilik Gerakan PKRC MBPG pada Rabu.
Kenyataan akhbar Bilik Gerakan PKRC MBPG pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini telah menerima sebanyak 12,579 pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua setakat Selasa.

Bilik Gerakan PKRC MBPG dalam satu kenyataan memberitahu, angka itu melibatkan seramai 952 pesakit terdiri daripada pesakit lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, memandangkan jumlah pesakit yang agak ramai, orang ramai dialu-alukan menyumbang pelbagai bentuk sumbangan.

"Pelbagai bentuk sumbangan adalah dialu-alukan seperti makanan kering dan sebagainya.

"Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2567279 atau 07-2560149 untuk keterangan lanjut," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Pada 10 Februari 2021, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengaktifkan PKRC yang beroperasi di Stadium Tertutup MBPG.

Johor mempunyai tiga PKRC iaitu PKRC Pasir Gudang, PKRC Swasta di DB Kompleks Iskandar Puteri, Nusajaya dan PKRC Olive B Hospital Permai.

Artikel Berkaitan: