Perenang Jepun Yui Ohashi kuasai acara 200M rampaian wanita

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

PERENANG Jepun, Yui Ohashi, memperoleh emas keduanya di Olimpik Tokyo dengan memenangi acara 200 meter (m) rampaian individu wanita (IM).

Atlet tuan rumah berusia 25 tahun itu memenangi emas pertama bagi acara 400m IM dan menambah satu lagi koleksi pingat pada Rabu selepas tiba di garisan penamat dengan catatan masa dua minit 08.52 saat.

Ohashi, berada di kedudukan kelima sebelum berjaya memintas Alex Walsh dari Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila ketinggalan 0.13 saat.

Seorang lagi perenang dari AS, Kate Douglass merangkul gangsa, mencatat masa 2:09.04 saat.

Pemegang rekod dunia dari Hungary, Katinka Hosszu sekadar berada di tempat ketujuh. -Bernama

Artikel Berkaitan: