X

Kindly register in order to view this article
!

Panahan cemerlang bawa Khairul Anuar ke pusingan ketiga

Khairul Anuar berjaya mara ke suku akhir.
A
A

[DIKEMAS KINI] Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad tampil cemerlang untuk menempah slot ke pusingan ketiga acara recurve lelaki selepas menewaskan atlet Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng dalam aksi penuh dramatik pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Rabu.

Khairul Anuar memulakan hari cemerlangnya pada pusingan 1/32 apabila menewaskan Vikstrom dengan keputusan 6-5 sekali gus mara untuk membuat perhitungan dengan Dapeng di peringkat 1/16.

Pemanah berusia 29 tahun itu terus konsisten dengan panahannya untuk meraih kemenangan ke atas Dapeng dengan keputusan 6-5 menyaksikan dia akan beraksi dalam peringkat 1/8.

Khairul Anuar akan meneruskan aksi di peringkat suku akhir pada 31 Julai ini dan dijangka menentang wakil dari Korea Selatan, Kim Woo Jin yang juga pemanah di ranking kelima dunia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!