Bangladesh lancar vaksinasi untuk Rohingya

Gambar pelarian Rohingya yang diambil pada April 2020 di kem pelarian Kutupalong dekat Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto 123RF
Gambar pelarian Rohingya yang diambil pada April 2020 di kem pelarian Kutupalong dekat Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto 123RF
A
A
A

DHAKA - Bangladesh akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk Rohingya di kem pelarian di Cox's Bazar.

Pada peringkat awal vaksin akan diberikan kepada pelarian berumur 55 tahun ke atas, kata Setiausaha Luar Negeri Masud Momen kepada wartawan di Dhaka pada Selasa.

Had umur itu kata beliau, akan diturunkan secara beransur-ansur apabila lebih banyak bekalan vaksin diterima.

"Pelarian akan diberi vaksin yang sama untuk warga Bangladesh di Cox's Bazar, tiada diskriminasi antara penduduk tempatan dan Rohingya," kata Momen lapor Anadolu.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan kesihatan pelarian, tambahnya.

Namun, katanya ada beberapa kesulitan untuk mengendalikan beberapa jenis vaksin yang diperoleh melalui kemudahan COVAX, tetapi kaedah penyimpanan vaksin Sinopharm China lebih mudah.

Sebelum ini, kerajaan Bangladesh mula memvaksinasi kira-kira 50,000 pelarian.

Berikutan lonjakan kes melibatkan varian Delta, jumlah kematian Rohingya di kem pelarian terbesar di dunia itu telah meningkat kepada 27 dan kes jangkitan sebanyak 2,355.

Artikel Berkaitan:

Bangladesh kini menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017. -Bernama