Kadar vaksinasi harian per kapita Malaysia antara terpantas di dunia

Penerima vaksin Covid-19 menunggu giliran di Pusat Vaksinasi dan Program Vaksinasi Bergerak yang dibuka kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dewan Serbaguna Taman Melati Impian. - Foto Bernama
Penerima vaksin Covid-19 menunggu giliran di Pusat Vaksinasi dan Program Vaksinasi Bergerak yang dibuka kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dewan Serbaguna Taman Melati Impian. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi harian per kapita di Malaysia antara terpantas di seluruh dunia.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia berdasarkan statistik dikeluarkan laman web Our World in Data dikendalikan oleh Universiti Oxford.

“Kadar vaksinasi harian mencatatkan jumlah tertinggi pada semalam (Selasa) apabila 553,871 dos berjaya diberikan di seluruh Malaysia yang mana semalam seramai 356,112 orang adalah penerima dos pertama manakala 197,759 orang dos kedua.

“Catatan semalam juga menyaksikan pemberian vaksin harian mencapai angka melebihi 500,000 suntikan bagi dua hari berturut-berturut. Pada Isnin lalu, 521,000 dos vaksin diberikan.

“Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin bagi dua hari ini, sebanyak 1.07 juta dengan penambahan penerima dos pertama dua peratus populasi Malaysia atau bersamaan 692,000 orang,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat, pada Rabu.

Tambah Khairy, peratusan penduduk Malaysia yang menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos juga pada Rabu telah mengatasi beberapa negara maju seperti Jepun, Australia dan Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: