X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan isyarat bercampur-campur daripada data makro Amerika Syarikat (AS) yang terus menyokong dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan turun kepada 4.2320/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2310/2350 sewaktu ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, data tuntutan pengangguran awal AS adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Bagaimanapun, petunjuk keyakinan pelabur adalah lebih tinggi daripada jangkaan yang menyokong dolar.

“Pelabur sedang menunggu sebarang isyarat baharu daripada Rizab Persekutuan untuk menamatkan ketidaktentuan," katanya.

Sementara itu, Diniz berkata, dolar AS telah bergerak sedikit berbanding ringgit untuk beberapa hari lepas dan dilihat bersedia untuk memulakan langkah penurunan pembetulan pada bila-bila masa.

Dari segi teknikal, beliau berkata, dolar AS berbanding ringgit boleh mencatat penurunan kepada serendah 4.1750, yang mana ia mungkin berdepan tekanan belian.

Sewaktu dibuka, unit tempatan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit turun berbanding euro kepada 5.0001/0037 daripada 4.9845/9893 sewaktu ditutup semalam dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.8511/8542 daripada 3.8418/8458.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8732/8773 daripada 5.8286/8341 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1122/1147 daripada 3.1099/1131. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!