X

Kindly register in order to view this article
!

Khairy Jamaluddin akui jumlah pendaftaran vaksin masih rendah

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membentangkan PICK kepada Ahli-ahli Parlimen pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih lagi rendah dengan seramai 20,134, 971 orang atau bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi Malaysia setakat 26 Julai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia jauh lebih rendah berbanding sasaran 80 peratus dalam tempoh sama.

Jelas Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau, daripada jumlah itu 18.8 juta merupakan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas manakala, 1.28 juta pula merupakan individu di bawah umur 18 tahun.

"Berdasarkan statistik yang saya sebutkan, jelas sekali jumlah pendaftaran pada ketika ini adalah masih rendah berbanding sasaran PICK iaitu 80 peratus daripada keseluruhan populasi yang perlu divaksin.

"Jika dilihat statistik pendaftaran untuk beberapa negeri peratusan pendaftaran adalah rendah berbanding nilai ambang yang ditetapkan di bawah program Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa yang lain," katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, beliau bagaimanapun menyedari terdapat beberapa negeri yang mungkin menghadapi kekangan untuk mendaftar.

"Saya menyedari terdapat beberapa negeri yang mungkin menghadapi kekangan pendaftaran disebabkan keadaan geografi dan demografi yang berbeza-beza.

"Contohnya, di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar dan di kawasan yang mungkin susah untuk kita akses," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Khaiy Jamaluddin berkata, kerajaan telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan tiada individu yang tertinggal daripada mendapat vaksinasi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!