Permohonan Tuns untuk usahawan mikro dibuka mulai 1 Ogos

Mohamad Rafie
Mohamad Rafie
A
A
A

SEREMBAN - Usahawan mikro di Negeri Sembilan boleh membuat permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (Tuns) mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Tuns merupakan inisiatif bagi membantu usahawan mikro anak Negeri Sembilan menerusi geran bantuan hingga maksimum RM3,000.

"Pembukaan permohonan Tuns pada Ogos ini bakal memberi peluang kepada 600 usahawan mikro yang membabitkan peruntukan sekitar RM1.8 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak RM6 juta dana geran diperuntukkan sebagai bantuan kepada usahawan mikro dengan RM3 juta diperuntukkan kepada Tuns yang memberi faedah kepada 1,000 usahawan mikro manakala tambahan 200 usahawan mikro lagi dibantu di bawah skim yang baharu diperkenalkan iaitu Tuns Plus dengan peruntukan dana sebanyak RM3 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: