X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis Selangor rampas daging sejuk beku cecah RM300,000 dari Australia

- Foto Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai RM296,998.91 di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, Isnin lepas.

Maqis Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena berisi muatan 24,987.96 kilogram daging lembu itu ditahan hasil pemeriksaan rutin harian pada 5 petang susulan kegagalan mengemukakan permit import Maqis yang sah.

"Perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa permit import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.

"Jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Maqis Selangor menegaskan pihaknya sentiasa mengambil serius terhadap isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan serta status halal. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!