553,871 dos vaksin Covid-19 diberi semalam, tertinggi setakat ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian mencatat angka 553,871 dos suntikan semalam, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di laman Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 356,112 individu menerima dos pertama dan 197,759 lagi lengkap dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari 2021 adalah pada Isnin lepas iaitu sebanyak 521,923 dos suntikan.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,393,347 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,487,441 dos pertama dan 5,905,906 dos kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: