Peniaga rugi RM414,939, gara-gara durian musang king

Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Wazir)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Wazir)
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga buah mendakwa kerugian RM414,932 kerana ditipu seorang lelaki dalam urusan pembelian durian musang king pada 30 Jun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila usahawan berusia 29 tahun itu dihubungi suspek yang berhasrat untuk membeli 10 bakul durian bergred A dan B.

Menurutnya, mangsa mendakwa kesemua durian musang king yang mahu dibeli suspek dianggarkan berharga RM7,800 dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tawaran harga terbabit.

"Mangsa kemudian telah didatangi seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pekerja suspek dan memaklumkan pembayaran sudah dibuat ke dalam akaun syarikat mangsa melalui pemindahan wang secara talian.

"Suspek kemudian telah menunjukkan menunjukkan bukti pembayaran yang telah dilakukan oleh majikannya dan mangsa mempercayainya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lagi suspek awal bulan ini bagi urusan sama.

Jelasnya, mangsa telah memerima bukti pembayaran daripada suspek yang kononya telah membuat pembayaran secara atas talian ke dalam akuan bank syarikat milik mangsa bermula 1 Julai sehingga hari Selasa.

"Mangsa dikatakan telah menyemak akaun miliknya pada Isnin dan mendapati tiada transaksi kemasukkan wang ke dalam akaun milik syarikat diatas pembelian durian yang dilakukan oleh suspek.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mengesahkan perkara itu mangsa telah membuat dengan pihak bank dan mendapati bayaran yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun milik syarikat sebanyak RM 414,932 menerusi 26 transaksi adalah palsu," ujarnya.

Mohd Wazir menambah, mangsa tampil membuat laporan di sebuah balai polis di negeri ini selepas merasa dirinya ditipu.

Katanya, modus operandi digunakan suspek memperdaya mangsa dengan pembelian durian musang king.

Ujarnya, setelah urusan jual beli dilakukan mangsa tidak mendapat sebarang bayaran daripada suspek.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.