X

Kindly register in order to view this article
!

Sinar Harian dan TikTok jalinkan kerjasama strategik

A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian pada Selasa mengumumkan kerjasama strategik dengan aplikasi video TikTok.

Kerjasama itu sekali gus membantu Sinar Harian membawakan kepelbagaian dalam penyampaian laporan di aplikasi tersebut.

TikTok merupakan aplikasi video berjangka masa singkat yang semakin mendapat tempat pengikut media sosial Sinar Harian.

Pengikut TikTok Sinar Harian kini berjumlah lebih 200,000 orang.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, potensi TikTok mampu memberi impak positif terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Sinar Harian untuk pengikut-pengikut setia di aplikasi tersebut.

Menurutnya, Sinar Harian menyasarkan untuk menambah 500,000 pengikut pada akhir tahun ini.

“Oleh itu, pelbagai usaha telah dirancang untuk menambah baik kandungan TikTok yang lebih kreatif dan interaktif sesuai untuk semua lapisan umur terutamanya Generasi Z.

“Menerusi kerjasama ini, Sinar Harian akan menganjurkan cabaran #WartawanSinarTikTok sempena sambutan Sinar15.

“Anjuran ini merupakan permulaan bagi kerjasama yang dijalankan istimewa untuk semua pengikut Sinar Harian di TikTok,” katanya.

Nik Justin berkata, pelbagai aktiviti telah direncanakan pada tahun ini selaras dengan citarasa pengikut-pengikut Sinar Harian di aplikasi tersebut.

“Melalui jalinan kerjasama ini, diharap dapat melonjakkan lagi misi dan pencapaian penyampaian kandungan digital Sinar Harian dengan lebih memuaskan sekali gus menyokong inisiatif pemasaran terkini daripada Sinar Harian,” kata beliau.

Aplikasi TikTok menawarkan kandungan yang menyeronokkan dan lebih padat sesuai untuk tontonan semua.

Nik Justin berkata, selain berfungsi sebagai medium interaktif terkemuka di dunia, TikTok juga sangat komited dengan kebaikan terhadap komunitinya.

“Tidak dinafikan, TikTok merupakan pilihan yang tepat untuk inisiatif kerjasama strategik sebagai sebahagian salah satu daripada strategi kreatif mereka untuk sentiasa berhubung dengan pengikut-pengikut kami dengan lebih dekat.

“Nantikan perkembangan semasa mengenai kerjasama ini dari masa ke masa dan jangan lupa untuk ikuti Sinar Harian di TikTok dan media sosial kami yang lain,” kata Nik Justin.

Sinar Harian akan menyambut ulang tahun ke-15 pada 31 Julai ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!