X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor sumbang beras kepada orang asli

Tengku Amir (kanan) yang mewakili Sultan Sharafuddin menyampaikan beras kepada wakil penduduk Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey, di sini.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey, di sini.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook pada Selasa memaklumkan sumbangan baginda itu diagihkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kepada Tok Batin Daiman.

Menurut kenyataan itu, Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan tablet, kad SIM dan desktop kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah yang sangat terkesan dengan pembelajaran dalam talian sejak tahun lalu.

"Kebanyakan pelajar tercicir kerana tidak mempunyai peranti di rumah dan jaringan internet yang stabil.

"Sumbangan disampaikan secara ringkas yang dikendalikan oleh Selangor Youth Community (SAY) bagi memastikan semua yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19," kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!