X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru lelaki positif Covid-19 melarikan diri

Lo Hin Khiong
A
A

KOTA KINABALU - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 dan melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin Likas pada Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, pesakit dikenali sebagai Lo Hin Khiong, 38, diambil dari Balai Polis Penampang dengan menggunakan kenderaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan lampu isyarat berhampiran simpang empat Kompleks Sukan Likas, suspek bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek dibebaskan oleh polis Daerah Penampang untuk dihantar ke pusat kuarantin berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, suspek yang duduk di tempat duduk penumpang belakang membuka pintu kereta dan terus melarikan diri tanpa mempedulikan panggilan petugas JKNS.

"Petugas JKNS kemudian membuat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati, suspek ditahan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Jumaat lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas disahkan positif Covid-19. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya.

Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil menyalurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk membantu siasatan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!