Covid-19: Penutupan Pasar Awam Bahau dilanjutkan

Kerja-kerja sanitasi awam dilakukan di pasar berkenaan.
Kerja-kerja sanitasi awam dilakukan di pasar berkenaan.
A
A
A

JEMPOL - Penutupan Pasar Awam Bahau di sini akan dilanjutkan kepada suatu tarikh yang dimaklumkan kelak susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan seorang peniaga di situ.

Yang Dipetua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata, ia bagi melincinkan proses saringan dan sanitasi awam yang masih dijalankan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Peniaga pasar berkenaan diminta untuk kuarantin kendiri serta kekal di rumah sepanjang tempoh penutupan operasi pasar ini berlansung.

"Orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Sabtu lepas melaporkan Pasar Awam Bahau ditutup selama tiga hari bermula Ahad sehingga Rabu berikutan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan seorang peniaga di pasar berkenaan.

Bagaimanapun, penutupan itu hanya melibatkan pasar awam dan pasar kayu bersebelahan yang terbabit dengan arahan penutupan berkenaan manakala pasar ayam beroperasi seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Pasar Awam Bahau tutup tiga hari

Artikel Berkaitan: