Penghantar makanan sudah dipanggil bantu siasatan

Penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan itu tidak berpuas hati dipercayai selepas dihon pemandu kereta berkenaan.
Penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan itu tidak berpuas hati dipercayai selepas dihon pemandu kereta berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Penghantar makanan yang bertengkar dengan pemandu kereta di persiaran KLCC sudah dipanggil polis untuk membantu siasatan berkaitan satu kes pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu.

”Suspek (penunggang) telah dikenal pasti dan rakaman percakapan telah diambil.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tular di media sosial video berdurasi 50 saat yang memaparkan seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal bertindak agresif apabila cuba membuka pintu dan menendang sisi kiri sebuah kereta dalam kejadian pada Sabtu.

Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati kerana dihon selepas melanggar lampu isyarat merah.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua lelaki tersebut saling mencabar antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat tular penghantar makanan, pemandu kereta bertengkar

Artikel Berkaitan: