Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir apabila berjaya menewaskan beregu Kanada, Ho-Shue Jason-Yakura Nyl, pada Selasa. - Foto The Malaysian Reserve
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir apabila berjaya menewaskan beregu Kanada, Ho-Shue Jason-Yakura Nyl, pada Selasa. - Foto The Malaysian Reserve
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila berjaya menewaskan beregu Kanada, Ho-Shue Jason dan Yakura Nyl 21-15 dan 21-13 pada saingan Kumpulan D, di Plaza Sukan Musashino pada Selasa.

Set pertama menyaksikan saingan agak sengit dipamerkan kedua-dua beregu, namun Aaron-Wooi Yik menggunakan segala pengalaman yang dimiliki untuk menang 21-15 dalam tempoh 15 minit.

Aaron-Wooi Yik kemudiannya meneruskan penguasaan pada set kedua dan berjaya mencatatkan kemenangan 21-13 dalam tempoh 17 minit.

Kejayaan mara ke suku akhir itu pastinya melegakan gandingan beregu berkenaan setelah tewas straight set 16-21, 19-21 kepada beregu ranking kedua dunia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan pada aksi kedua, pada Selasa.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15, pada aksi pembukaan 24 Julai lalu,

Artikel Berkaitan: