Azhar nafi terima permohonan Ahmad Zahid tukar tempat duduk

Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Azhar Azizan Harun. - Foto Bernama
Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Azhar Azizan Harun. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon menukar tempat duduk dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Laporan itu menyebut Ahmad Zahid bersama tiga lagi ahli Parlimen meminta untuk menukar tempat duduk dalam persidangan itu.

Azhar menegaskan, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada ahli-ahli Parlimen tersebut.

"Saya anggap berita itu adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memohon supaya tempat duduknya di blok kerajaan pada sidang khas Dewan Rakyat itu diubah kerana tidak mahu dianggap menyokong 'kerajaan gagal'.
Artikel Berkaitan:


Pertukaran tempat duduk itu dimohon Ku Li menerusi sepucuk surat kepada Azhar bertarikh 26 Julai 2021.

ARTIKEL BERKAITAN:Ku Li minta pindah tempat duduk dari blok 'kerajaan gagal'