Sidang Khas Parlimen bukti pembangkang tiada idea baharu

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Sidang Khas Parlimen membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai idea yang lebih baik daripada Pelan Pemulihan Negara yang dirangka oleh kerajaan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kerajaan sudah menggariskan dengan jelas langkah -langkah untuk menjaga nyawa dan kesihatan rakyat serta membangunkan kembali ekonomi negara.

“Pembangkang asyik terjerit-jerit membantah setiap satu yang kerajaan sebut. Bantah hanya untuk membantah dan meruntuh negara. Bukan untuk membina.

“Hakikatnya ialah kerajaan ini sudah buat yang terbaik dan mereka tiada cadangan baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu ketepikan fanatik politik sebaliknya membantu kerajaan mencadangkan dan menambah baik idea melawan Covid-19.

Jelas Wan Saiful, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah membuka jalan bersama-sama dalam satu sidang khas itu untuk menjaga dan membina semula negara.

“Pembangkang juga patut mencontohi Perikatan Nasional yang berjiwa besar demi negara.

“Nanti bila sampai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kita bersainglah secara sihat. Sekarang bukan masanya untuk melayan mereka yang mengejar cita-cita peribadi atau yang cuba menyelamatkan diri dari kes mahkamah.

Artikel Berkaitan:

“Kepentingan rakyat mesti diletak di hadapan,” ujarnya.