Kurniawan rombak The Rhinos berdepan Tok Gajah

Kurniawan tuntut The Rhinos lupakan episod kekalahan kepada PJ City FC, Sabtu lalu menjelang kunjungan Sri Pahang di Likas malam esok. - Foto Sabah FC
Kurniawan tuntut The Rhinos lupakan episod kekalahan kepada PJ City FC, Sabtu lalu menjelang kunjungan Sri Pahang di Likas malam esok. - Foto Sabah FC
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto melakukan rombakan terhadap The Rhinos menjelang kunjungan Sri Pahang bagi aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok.

Menurut Kurniawan, rombakan itu perlu apabila tonggak pertahanan, Rawilson Batuil juga tidak dapat diturunkan selepas dilayangkan kad kuning semasa perlawanan menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu lalu.

"Kekosongan posisi Rawilson ini ia boleh diisi oleh beberapa pemain lain yang sudah tentunya memiliki prestasi serta komitmen 100 peratus.

"Posisi penjaga gol utama juga dalam penilaian saya memandangkan ayah Rozaimie baru meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi tadi. Kita akan berbincang dengan jurulatih penjaga gol, siapa yang akan diturunkan pada aksi malam esok,” katanya

Pada masa sama, Kurniawan menuntut pemain Sabah FC fokus dalam misi meraih tiga mata di laman sendiri sekali gus memperbaiki kedudukan liga.

"Perlawanan menentang Sri Pahang FC sangat penting kerana kita sudah kehilangan tiga mata berharga ketika bertemu PJ City FC minggu lalu.

“Saya berharap semua pemain mampu kembali bangkit serta fokus dengan misi meraih kemenangan penting malam esok

“Kita mohon supaya semua penyokong Sabah FC terus memberikan sokongan meskipun kali ini beraksi tanpa kehadiran mereka di Likas,” katanya.

Artikel Berkaitan: