Saiful Apek bimbang

Saiful Apek
Saiful Apek
A
A
A

KEBANYAKAN pelawak hari ini ramai yang sudah mencipta nama dalam bidang lakonan, pengacaraan dan ada juga yang jadi penyanyi.

Contohnya Issey, Nabil Ahmad, Danial Zaini, Zizan Razak, Achey, dan ramai lagi.

Meski perkara ini dikatakan satu perkembangan yang positif dalam industri seni dan hiburan, namun pelakon dan pelawak, Saiful Apek, bimbang ada di kalangan pelakon ataupun penyanyi berasa tidak senang.

Menurut Apek atau Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 49, asal pelawak sahaja mahu jadi pelakon, penyampai radio, penyanyi.

"Saya risau persaingan ini disalahertikan sehingga akhirnya ada di kalangan artis yang tidak berapa senang dengan pelawak.

"Perkara ini pernah berlaku ketika Senario popular. Meskipun tiada media sosial tetapi keluar filem dapat kutipan besar.

"Jadi, itu lah dia yang saya nampak di mana persaingan antara pelawak dengan pelakon terjejas," katanya kepada Sinar Harian.

Apek ditemui ketika sidang media Bintang Bersama Bintang di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara, semalam.

Artikel Berkaitan:

Barisan peserta, hos dan juri tetap BBB 2019
Barisan peserta, hos dan juri tetap BBB 2019

Sementara itu, Apek percaya jika perkara itu dilihat dari satu sudut yang positif, maka ia akan menjadikan hubungan antara pelawak dan rakan artis lain sebagai satu saingan yang positif.

"Tidak kiralah sama ada penyanyi mahupun pelakon, hasilnya akan menjadikan hubungan lebih akrab," jelasnya.

Mengenai program Bintang Bersama Bintang 2019, ia dihoskan oleh penyanyi Elly Mazlein dan Apek serta Mark Adam selaku juri tetap musim ini.

Manakala barisan peserta terdiri daripada Achey, Shuk, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero.