PKPD beberapa lokaliti di lima negeri mulai Khamis

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan dan Pahang.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan dan Pahang.
A
A
A

SHAH ALAM -Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan dan Pahang.

Menteri Kanan Luar Negeri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PKPD di Sabah akan dijalankan di 27 kawasan iaitu 11 di Kota Kinabalu, Penampang (lapan), Beaufort (empat) Tawau (tiga) dan satu di Kinabatangan.

"11 kawasan di Kota Kinabalu yang dikenakan PKPD ialah Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 dan 3,

Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.

"Untuk Penampang, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.

"Bagi kawasan lain di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan, Taman Arjuna, Beaufort, Kampung Blok 31 Kampung Tanjung Batu Darat, Kampung Darat Inderasaba, Tawau dan Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, untuk negeri Sarawak PKPD dikenakan di Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air, Kuching.

"Turut dikenakan PKPD ialah kawasan Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan, Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang, Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai, Johor.

Artikel Berkaitan:

"Di Pahang pula, kawasan yang dikenakan PKPD ialah Felda Jengka 7, Maran, Pahang," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di beberapa kawasan di empat buah negeri setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

"Kawasan yang ditamatkan PKPD pada 28 Julai ini ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan, Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Pitas, Sabah, Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang serta Kampung Jagoi Duyoh, Bau, Kuching, Sarawak.

"Sementara itu, Taman Samudera, Mukim Batu, Gombak, Selangor turut ditamatkan pada 28 Julai lebih awal dari yang dijadualkan iaitu 31 Julai," katanya.