Kerajaan disaran naik taraf prasarana, perkhidmatan kesihatan

Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk meningkatkan dan menaik taraf prasarana dan perkhidmatan terutamanya di kawasan luar bandar, hospital, pusat kesihatan dan klinik desa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penambahbaikan tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan perjawatan kepakaran dan doktor, farmasi serta paramedik bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini berada di tahap yang terbaik dalam menangani krisis kesihatan seperti pandemik Covid-19.

Menurutnya, perkhidmatan kesihatan di Malaysia masih jauh dari yang diharapkan secara umumnya.

Bagaimanapun, Ahmad Yunus berkata, lonjakan peruntukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 99.3 peratus atau RM15 bilion sejak 10 tahun lalu menunjukkan bahawa kerajaan sedang mengukuhkan aspek perkhidmatan kesihatan awam demi manfaat segenap lapisan masyarakat.

“Saya mengharapkan dalam Belanjawan 2022 kerajaan memperuntukkan jumlah yang sewajarnya untuk menaik taraf infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan setaraf dengan keperluan umum masa ini.

“Ini akan menjadi justifikasi keperluan perkhidmatan kesihatan yang lebih besar untuk diisi oleh ramai penjawat kontrak untuk jawatan tetap nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Artikel Berkaitan: