X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital Sungai Buloh terima kontena simpan mayat pesakit Covid-19

Sebuah kontena menempatkan mayat individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.- Foto Facebook Hospital Sungai Buloh.
A
A

SHAH ALAM - Hospital Sungai Buloh menerima sumbangan kontena bagi menempatkan mayat pesakit Covid-19.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh memaklumkan, sumbangan kontena itu diterima pada jam 2.30 petang Selasa.

Kenyataan itu memaklumkan, kontena dengan kepanjangan 12 meter (40 kaki) itu disewa pihak Nirvana Care Sdn Bhd daripada Syarikat Farzim bagi kegunaan hospital itu selama tempoh enam bulan.

"Hospital Sungai Buloh berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Tiada yang lebih penting daripada nyawa, terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) )," kata kenyataan yang dimuat naik status di Facebook Hospital Sungai Buloh pada Selasa.

Pada Jumaat lalu, Hospital Sungai Buloh turut menerima sumbangan sebuah kontena berkeluasan enam meter (20 kaki) di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.

Kontena itu hasil sumbangan itu H&M (M) Sdn Bhd, Nanyang Forwarding and Shipping Agency dan Bridgelink Logistics Sdn Bhd.

Angka kematian ekoran penularan jangkitan Covid-19 sejak kebelakangan ini dilihat terus meningkat apabila sebanyak 207 kes kematian dengan jumlah keseluruhan 8,408 dicatatkan pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!