RoS, LHDN perlu siasat Syed Saddiq

Syed Saddiq - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Syed Saddiq - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

ALOR SETAR- Siasatan perlu dijalankan ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa menggunakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan kutipan dana.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kubang Pasu, Noor Firdaus Hashim menggesa agar Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat Ahli Parlimen Muar itu yang didakwa mengumpul dana melalui sebuah NGO.

"Saya minta RoS segera siasat adakah NGO ini dibenarkan mengumpul dana untuk tujuan politik atau boleh mengutip dana untuk membayar yuran guaman dan ikat jamin orang kena tuduh di mahkamah?

"Difahamkan, NGO sama pernah digunakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik untuk mengutip dana.

"Saya minta juga LHDN menyiasat adakah wang yang dikumpul oleh Syed Saddiq tertakluk kepada cukai. Apa klasifikasi sebenar wang yang dikutip Syed Saddiq untuk membayar perbelanjaan peribadinya di mahkamah?" katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Noor Firdaus, menerusi sidang Parlimen pada Isnin, Syed Saddiq menuntut supaya kerajaan memperkenalkan 'windfall tax' atau cukai durian runtuh kepada beberapa syarikat.

"Tetapi sebenarnya Syed Saddiq sendiri perlu jujur apabila bercakap mengenai cukai dan dana.

"Sehingga hari ini, dia belum menjawab tuduhan bahawa ada dana parti yang diseleweng masuk ke akaun peribadi pada tahun lepas.. sekarang pula Syed Saddiq giat mengumpul wang daripada rakyat atas pelbagai alasan," dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq selesai bayar baki jaminan RM250,000

Artikel Berkaitan: