Pelajar berkeperluan khas terima bantuan secara pandu lalu

Nazri mengagihkan bantuan tersebut di Galeri Mat Kilau pada Isnin secara pandu lalu.
Nazri mengagihkan bantuan tersebut di Galeri Mat Kilau pada Isnin secara pandu lalu.
A
A
A

JERANTUT - Seramai 444 pelajar berkeperluan khas sekolah rendah dan menengah di daerah ini turut menerima perhatian kerajaan negeri menerusi Bantuan Prihatin Pahang 2021.

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, setiap pelajar menerima wang tunai sebanyak RM250 menerusi bantuan tersebut.

Menurutnya, bantuan itu diagihkan secara pandu lalu di tiga lokasi berasingan.

"Semalam (Isnin) kita serahkan sumbangan kepada 92 orang pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang diadakan di Galeri Mat Kilau manakala 121 penerima kawasan DUN Tahan di Dewan Semai Bakti Felda Padang Piol.

"Hari ini, kita serahkan sumbangan kepada 231 penerima dalam kawasan DUN Damak yang diadakan di pekarangan Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Dr. Azman Uzair dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Fatihah Ibrahim.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut memberitahu, kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat yang bergelut dengan pelbagai situasi sejak pandemik Covid-19 melanda negara sehingga MBK turut terpilih menerima sumbangan terbabit.

"Sebelum ini kita telah agihkan sumbangan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan peruntukan lebih RM270,000," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: