Harga maksimum minyak masak botol berkuat kuasa 1 Ogos

Harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol lima kilogram (kg) ditetapkan pada harga RM29.70 berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol lima kilogram (kg) ditetapkan pada harga RM29.70 berkuat kuasa 1 Ogos ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol lima kilogram (kg) ditetapkan pada harga RM29.70 berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Ia susulan persetujuan kerajaan melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, turut disenaraikan pada harga maksimum ialah minyak masak di dalam botol bersaiz 1kg (RM6.70), 2kg (RM12.70) dan 3kg (RM18.70).

"Pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen ini, pengguna dijamin mendapatkan minyak masak tersebut di bawah harga RM30 untuk lima kilogram dan pada lain-lain kuantiti tanpa mengira kedudukan harga sawit semasa," katanya pada Selasa.

KPDNHEP berkata, penetapan harga maksimum itu dilakukan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021.

"Penetapan ini turut dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada agensi, industri dan trend harga di pasaran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan harga minyak masak seberat 2kg dan 5kg di dalam botol meningkat sebanyak enam kali dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pada Jun, harga minyak masak untuk saiz 5kg bagi jenama tertentu dikatakan naik kira-kira 20 peratus antara RM28.90 hingga RM32.90 berbanding RM26.90 pada Januari lepas.

Artikel Berkaitan: