Azhar terima permohonan Ku Li pindah tempat duduk

AZHAR
AZHAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan telah mengambil tindakan terhadap permohonan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk berpindah tempat duduk dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Azhar Azizan menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya terhadap permohonan Tengku Razaleigh atau Ku Li itu.

"Saya telah menerima surat daripada Yang Berhormat Tengku Razaleigh bertarikh 26 Julai 2021 pada hari ini.

"Ia mengenai permohonan beliau untuk menukar tempat duduk sedia ada dalam Dewan Rakyat ke tempat baharu berhampiran blok bebas," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ku Li meminta tempat duduk beliau dalam sidang khas Dewan Rakyat di blok kerajaan dipindahkan kerana tidak mahu dianggap menyokong 'kerajaan gagal'.

Pertukaran tempat duduk itu dimohon Tengku Razaleigh atau Ku Li menerusi sepucuk surat kepada Azhar bertarikh 26 Julai 2021.

Melalui surat itu, Ku Li berkata, beliau tidak ingin terus berada di kerusi yang disediakan untuk beliau bersama kumpulan ahli Dewan Rakyat kerajaan kerana seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

Sidang khas Parlimen berlangsung selama lima hari bermula 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li minta pindah tempat duduk dari blok 'kerajaan gagal'

Artikel Berkaitan: