Belum ada kilauan pingat untuk negara

Pandalela dan Mun Yee menamatkan acara platform 10 meter seirama wanita di kedudukan kelapan.
Pandalela dan Mun Yee menamatkan acara platform 10 meter seirama wanita di kedudukan kelapan.
A
A
A

MALAYSIA perlu menunggu lagi untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo selepas harapan pingat yang disandarkan kepada gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee tidak kesampaian.

Pandalela dan Mun Yee menamatkan acara platform 10 meter seirama wanita di kedudukan kelapan di Pusat Akuatik Tokyo pada Selasa sekali gus gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangani pada Olimpik Rio 2016.

Mereka hanya meraih 277.98 mata dengan emas dalam acara tersebut dimenangi penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang mengumpul 363.78.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan perjuangan pasukan terjun negara masih belum berakhir.

"Saya tahu Lela dan Mun Yee telah berusaha melakukan yang terbaik.

"Pandelela dan Cheong Jun Hoong akan turun beraksi dalam acara 10m Platform Individu Wanita dan Nur Dhabitah dan Ng Yan Yee bagi acara 3m Papan Anjal Individu Wanita.

"Keep your heads up high girls! Saya akan terus berikan sokongan buat anda semua," katanya dalam laman facebook rasmi miliknya.

Artikel Berkaitan: