X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Yazid YDP Majlis Perbandaran Selayang baharu

Mohd Yazid
A
A

SELAYANG - Bekas Timbalan Pengarah Timbalan Pengarah (Pengurusan) di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Yazid Sairi dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu berkuat kuasa 19 Julai lalu.

Beliau menggantikan tempat Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor yang ditukarkan ke Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebagai Setiausaha Bahagian Kanan (Mineral dan GeoSains) pada 20 Mei lalu.

Menurut Mohd Yazid, jawatan YDP MPS adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan dan memerlukan sokongan serta kerjasama Ahli-Ahli Majlis serta pengarah jabatan dalam membentuk perancangan pembangunan dan peningkatan hasil MPS.

“Selain fokus kepada isu kilang haram, isu-isu penguatkuasaan lain seperti pembuangan sampah haram, kacau ganggu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan lain-lain harus terus diberi perhatian.

“Menjadi hasrat saya meneruskan visi MPS dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya menjelang 2030 atau lebih awal dapat dicapai, atau sekurang-kurangnya berada pada landasan yang betul,” katanya pada Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan, di MPS pada Selasa.

Tambah beliau, perancangan rapi perlu dilakukan untuk mencapai hasrat berkenaan.

Katanya lagi, MPS turut meletakkan sasaran menjadikan Selayang sebuah Bandar Rendah Karbon (Low Carbon City) dan Bandar Pintar (Smart City).

“Saya amat mengalu-alukan dan mengharapkan pandangan positif daripada semua pihak bagi merealisasikan segala perancangan dan pembangunan untuk mencapai sasaran ini,” katanya.

Mohd Yazid, 47, adalah lulusan Sarjana Pengurusan Strategik Sumber Manusia di Universiti Tun Abdul Razak mempunyai pengalaman lebih 21 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau memulakan kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selama 12 tahum sebelum berpindah ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan kerajaan Selangor sebagai Timbalan Pengarah di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah di Sepang pada 2018.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!